SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Sunday, October 31, 2010

Betul ke masa ni macam tisu??

mungkin benar..mungkin tidak...
kalau benar...
kita tunggu dan lihat..
itulah sebabnya aku meletakkan countdown di bawah blog..
ia adalah countdown untuk cuti sem...

diwaktu aku menulis ini..
adalah diminggu pertama semester..
semester 4..
minggu ni aku balik umah awal...
sebab hampir 3/4 kelas xde lect..
sehingga aku balik sebelum tahu ada kelas atau tak malam jumaat tu...
latihan wataniah pon aku xg...buat sakit hati aje..
aku nk lpekan semua pasal wataniah..kalau boleh lah....
LANGSUNG TAK ADIL...

semester lepas..aku hanya miss minggu pertama...
then aku terus dtang latihan seterusnya sehingga habis sem...
for u imformation..
aku adalah salah sorg skuad 12 Rejimen Wataniah KUIS...
tapi yg konsisten datang hanya aku....
TAPI..yang buat aku xpuas hati..
semua LULUS...(KOKO adalah salah satu syarat wajib graduate selepas usrah di KUIS)

Kalo nak diikutkan hati...
dah aku maki maki dowg...
n kalo nak diikutkan jgk.
semester ni xde sebab utk aku datang latihan..sebab dah sem 4.
(KOKO hanya wajib shngga sem3 sje)
apalagi ble ad perjumpaan malam rabu..(rokol)
kdg2..time study pon kne pnggil turun..ble trun..lgsung xwt pape..

tapi...aku tak kisah pon turun latihan...
honestly to say...kuatkan stamina aku..
dlu waktu sem 1 first latihan...
tercunggap2 aku time jogging tu..sbb xbese...
skg..aku dh bese sbb slalu jogging..tu pon smnggu skali...
n kenangan yang paling indah...ble dah abis latihan...aku akan mesej 'si die'...
untuk hilangkan penat aku...TAPI...itu dah tinggal kenangan..
sampai2 time kne guling kt tgh padang...aku hnye trgt nk mesej dy sje...aku tak kisah kne buat ape pon..
yang pentung.aku dapat mesej dye...
tapi semua ni tinggal kenangan...kenangan terindah...

Di mana kan ku cari ganti...

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

Thursday, October 28, 2010

new blog name??

Yes...starting 7 november 2010 we will change this blog name because of certain reasons ...The new name of this blog will be published as soon as possible in 3 days.Thank You.>Blog Admin

Tuesday, October 26, 2010

Minggu pertama Semester....

ermmm...dh msuk KUIS ni..ssah jgk nk on9..nk on9 kt blik...xde coverage utk wiggy P1..tersedai dh kt umah..dh msuk 2 hari sem ni...tiap msuk klas..lect slalu xde..g klas hnye buang mse jer...dpt jadual dri nafi pon xbetul..nsib bek timenye awl..xde klas ni...terpakse la buat plan B..lawatan smbil belajar ke cc..haha...nk on facebook...nk update blog..biasa la...tiap ari..mesti ad cite baru.....dari yg best hgga xbest...rindu gk kt umah yea...HOME SWEET HOME....dh xboleh tgk sinetron cinta dan anugerah dah...kalo nk pon..kne tgk sndrir kt kdai tepi tasik tu...jauh sgt la..haha..n rindu gk kt kucing aku..spe nk bg dy mkn yea..ermmmm...nsib bek la kt cc ni leh on blog..bese nye xboleh..teruk r dowg ni...k la..smpai sni je la....salam...

Wednesday, October 20, 2010

Bermulalah episod baru.....

21 oct 2010 telah menjelang tiba.nampaknya...kena lah masuk balik study...semester4..cuti sebulan setengah ni seperti seminggu saje..masa berlalu terlalu laju...begitu juga dengan hati ku juga...semakin lama...semakin sakit...tak perlulah bahas lagi...bila dah masuk sem ni...no more online and susah nk update blog...kalo nak pun..kena hujung mnggu..tu pon kalo blik umah la..tp aku kadang2 je blik umah ni...xmacam fzul..(mesti terasa)...rekodnya tak pernah pecah,sentiasa balik umah...urmmm....2tahun yang mendatang adalah tahun yang sukar dan mencabar bagi diriku...tahun yg menentukan masa depanku...nk saje aku pejam2 mata trus 2 tahun...rasa terseksa skrg ni...terseksa sangat...cukuplah setakat ni...wassalam..

Tuesday, October 12, 2010

Cerita sedih Di antara polis trafik dan temannya

Kadang-kadang kita perlu menginsafi diri ini...

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat
sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.

------------ --------- --------- --------
"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang
lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa

Koleksi Cerita Lawak (My Top 5)

Koleksi Cerita Lawak yang aku kutip dari internet...selepas 244 cerita lawak dan di tapis..inilah 5 cerita yang paling lawak bg aku...Selamat Membaca..P/s. Peringatan keras,Dilarang makan sewaktu membaca cerita dibawah.

Pipit Yang Malang (19SG) (TOP 5)

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, “Abang, apa abang tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab,

“Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, “Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, “Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”

Gadis kecil itu menjawab, “Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!”

Nota : Jangan cuba temberang budak kecik.. susah nanti… ekekekekek

Word Perfect Helpline (TOP 4)

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

ORIGINAL. (TOP 3)

Al kisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri..Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya..
kemudian berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri.. carilah yang sopan santun dan
ORIGINAL.

Hatta sebulan mencari bertemu lah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun dan keoriginalannya belum lagi diketahui..
.setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.

Pada malam pertamanya sisuami pun memakai kondom untuk membuat perancangan keluarga. Kebesokan harinya..si isteri pun
 memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya betul betul original..kemudian orang tuanya pun bertanya macam mana
engkau tahu laki engkau tu original...???

anaknya dengan selamba megahpun berkataa... yang si suaminya punye ttttutttttttt original sebab PLASTIK pun tak buka lagi
...........................;-)

Moral citer...jangan lurus bendul cam si isteri tu..hik hik hik

Lawak Sendiri (TOP 2)

Malu sendiri...

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir
bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari
telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan
khidmatnya dalam bidang kaunseling.

NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan
langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan
reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti
akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang,
 memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan
penuh hemah, dia menegur

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna

Lawak Kentaut (TOP 1)

Lawak Kentot...


Nah..ini cite lawak gak kot.


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku
suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi berkorbanlah, iaitu
dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..... sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
 so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik
lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebuslah.. aku pun makan nasi dengan
telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk
 makan sambil berjalan balik nanti.

Tiba dekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk
kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada surprise untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang
 diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan
 cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
 Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la..
 aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb... aku pun tak
 tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng
 sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT PRRROOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak
tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja
makan aku ni.. sambil tu aku sebut... ahhhh... legaaaa...

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata
'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..

Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... MAAAKK!!!!!!!!!... DATOKK... nyaris aku pengsan... Benda pertama
aku lihat... muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan... Bos aku
dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!!!

Monday, October 11, 2010

12 Kemompok di Padang Masyar

#Dibangkitkan dalam keadaan  tanpa tangan dan kaki,mereka adalah orang yang didunia dahulu suka mengganggu jiran
#Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi,mereka yang malas dan lalai menjaga solatnya
#Dibangkitkan dalam keadaan perut menmbesar seperti gunung dengan didalamnya penuh dengan ular dan kala jengking,kerana
 didunia dahulu dia malas membayar zakat.
#Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga,mereka suka berdusta
#Dibangkitkan dalam keadaan lebuh buruk daripada bangkai kerana ketika didunia mereka selalu melakukan maksiat secara
 sembunyi kerana takut dilihat orang tetapi tidak takut kepada allah.
#Dibangkitkan dalam keadaan kepala tersungkur sedangkan kedua-dua kakinya diatas kepala dan farajnya mengeluarkan
 nanah yang mengalir seperti air,golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
#Dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup selalu menderhakai kedua-dua ibu bapa
#Dibangkitkan dalam keadaan buta hati,giginya seperti tanduk,bibirnya menjulur sampai kedada,lidahnya sampai keperut
 manakala perutnya pula menjulur sehingga kepaha dengan perutnya penuh kekotoran keana ketika hidupnya mareka gemar minum
 arak,bagaimanapun bagi kelompok ke-12,mereka dibangkitkan dari wajah bercahaya seperti bulan purnamadan melewati
'sirat' atai titian seperti kilat yang menyambar kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan
 maksiat dan berjemaah,Rasullulah SAW turut bersabda jaminlah untukKu 6 perkara,maka aku akan menjamin untukmu syurga

#Kalau berbicara,bicaralah benar
#Kalau berjanji,tepatilah
#Kalau diberi amanat,tunaikanlah dengan baik
#Pejamkan matamu daripada yang diharamkan
#Peliharalah farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan
#Peliharalah sepak terajangmu daripada tindakan yang diharamkan

Thursday, October 7, 2010

Apa yang seseorang itu buat jika perasaannya dikianati..??

Ya..itu lah yang berlaku kepada diri aku,...aku anggap..diri aku sekarang ini telah lumpuh kerana seseorang..seseorang yang telah merubah diri ku dulu...aku terlalu BODOH..kerana terlalu menyayangi dia..terlalu sangat...Aku cintai seseorang yang tidak mencintai aku...aku tak tau...apa yang ada dalahm fikirannya itu..AKU TERLALU KECEWA DENGANNYA...TERLALU KECEWA...Dia dah mempermainkan perasaan hati aku..terlalu sakit rasa nya..sekarang dia sudah bergembira dengan lelaki lain...yang dulunya dia terlalu banyak bercakap2 yang terlalu MANIS..sehingga aku terlalu lalai...sekarang..jangan kata sahaja tgk gambarnya,teringat dia sahaja dah membuat hati ku sakit..apa lagi bila mesej dgnnya..ada sahaja ayat yang menyangkal semua kata2 aku...dia umpama ribut yang datang melanda,kemudain pergi begitu saja,die tidak kisah akibat apa yang dilakukannya..HIDUPKU LUMPUH..HATIKU SAKIT  DAN KECEWA..!!!!!!!! tapi ada dia peduli...dia bukan manusia yang boleh dibuat teman..bukan manusia yang boleh hidup berkongsi susah senang..AKU TERLALU KECEWA DENGANNYA..kerana dia..perasaan aku hilang...asetiap hari aku terlalu sedih...akuy dah tak berdaya untuk membuat apa lagi...tapi ada dia peduli???...tidask sama sekali...itu yang membuat HATIKU TERLALU SAKIT MENGINGATI DIA...apatah lagi dgn kata2 nya..'kalau dah putus,putus la'...hancur remuk hati perasaan aku...sehingga sekarang pun,aku tak boleh lupakannya..itu lah penyakit yang tumbuh dalam hidup aku...yang telah membuat hidupku lumpuh....aku dah tak harapkan dia lagi...dia dah terlalu 'kotor'...hatinya dah bercampur2 perasaan dgn lelaki lain...aku tak sangka...orang yang selama ini aku sayang...dah hancurkan hati dan perasaan aku..AKU TERLALU KECEWA DENGANNYA..KECEWA..KECEWA....SAKIT HATI AKU....tak sangka..perasaan sayang itu boleh diubah ubah dengan orang lain...ni pertama kali nya aku jumpa manusia yang terlalu MENGECEWAKAN..!!!!!!!...AKU TERLALU KECEWA DENGAN KAU!!!!