SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Sunday, November 28, 2010

Perbezaan Antara TV LCD dan TV Plasma?


Dari segi luaran memang kita tertipu apabila melihat TV LCD dan TV Plasma. Kedua-dua jenis TV ini rata dan tipis tetapi ianya menggunakan teknologi yang berbeza dalam usaha untuk memberikan hasil yang sama.


TV Plasma

Teknologi TV plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phosphor merah, hijau, dan biru , sehingga mencipta sebuah gambar televisyen. Setiap kumpulan phosphor merah, hijau, dan biru ini disebut pixel (elemen gambar). 


TV LCD

TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi dan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Tenaga elektrik kemudian dialirkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk meneluskan atau menyekat cahaya bagi membentuk imej. Kristal LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran, seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dicipta oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton. 

Tidak seperti TV CRT dan TV plasma, disebabkan tiada phosphor yang menyala, kurang tenaga yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya dalam TV LCD menghasilkan kepanasan yang kurang berbanding TV plasma atau TV tradisional. Juga, kerana sifat teknologi LCD, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.

No comments:

Post a Comment