SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Wednesday, September 29, 2010

ANTARA PUNCA MASALAH SOSIAL YG MAKIN TERUK DI MALAYSIA SEPT BUNUH,ROGOL,ROMPAK BER SENJATA ADALAH KERANA HUKUMANNYA YANG MENGARUT.


Itu lah yang saya dapat ungkapkan tentang masalah sosial yang semakin hari semakin teruk di Malaysia..malah juga diseluruh dunia.tetapi kali ini saya ingin ungkapkan punca puncanya di Malaysia.Antara punca utamanya ialah HUKUMANNYA YANG MENGARUT…ajaran Islam telah mengajar bagaimana hendak menghukum pesalah mengikut kesalahan masing-masing,tetapi semua itu telah lenyap mengikut masa dan kemodenan masa kini,hukuman mati dianggap kejam oleh beberapa masyarakat.Sesungguhnya,apa yang datang dari Allah S.W.T adalah yang terbaik buat manusia,dan ini lah yang berlaku jika kita mengingkarinya.Hukuman terlalu ringan..dan kadang kadang terlalu mengarut.Hukuman ini dilakukan atas hukuman kesalahan yang dilakukan terhadap pesalah..tetapi,seperti tiada apa yang berlaku walaupun banyak pesalah telah dihukum oleh pihak pengadilan..ini kerana humannya terlalu ringan dan dipandang enteng oleh masyarakat.Inilah yang mengecewakan saya..
 
Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".
Tiap hari,saya membaca surat khabar,tidak sah jika tiada kes bunuh,rogol,rompak dan yang terbaru kes buang bayi.tp bila dibaca sehingga habis,hukumannya adalah setakat penjara,denda atau pun hukuman sebat yang tak mengikut syariat Islam.

 “Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Tapi..apa yang berlaku di Malaysia adalah amat mengecewakan,jenayah berzina adalah antara dosa yang paling berat dalam Islam tetapi adalah antara hukuman paling ringan di Negara kita,juga di negara lain.Statistik kes pembuangan bayi pada tahun ini dicatatkan tahun ini adalah dilaporkan pada bulan ogos dan September adalah hasil hubungan seks yang haram yang dilakukan pada sambutan tahun baru.Adakah mereka sedar apakah yang telah mereka lakukan…atau….sedar selepas melakukannya…sudah terlambat..moga Allah S.W.T mengampukan dosa-dosa mereka.Saya juga terlalu kecewa dengan kerajaan kerana hukaman yang dikenakan kepada pesalah yang membuang bayi hanya dikenakan hukuman penjara/denda..dungguh mengarut,apa lagi jika bayi yang tidak berdosa itu mati.Hutang nyawa mesti dibayar dengan nyawa.tetapi YANG PALING MENGECEWAKAN SAYA adalah Hukuman berzina..hukumannya yang terlalu ringan..kebanyakan hanya denda..

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Kerana itu perlakuan haram ini seperti dipandang biasa oleh masyarakat,INGATLAH!! Jangan sampai Allah menurunkan balanya kepada semua orang hanya kerana kesalahan orang lain,kita sebagai umat Islam WAJIB untuk mencegah ia berlaku terlambat.ini lah yang berlaku pada 26dis2004 apabila Tsunami melanggar asia tenggara,ia adalah satu amaran dari Allah SWT kepada umat Islam,tetapi..Tuhan Sudah Uji Namun Ada Manusia Ingkar…Sesungguhnya Syaitan akan terus menghasut manusia untuk membuat jahat hingga ke hari akhirat..hanya Iman dan Takwa yang betul betul kental yang boleh melawan hasutan itu..Insya Allah..Allah akan sentiasa membantu umatnya.

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains



Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Bacalah jika anda seorang yang prihatin

 
Pembuangan Bayi Dalam kalangan Remaja

PENGENALAN

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-
lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang
bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut
diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh,
dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka
bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan
remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan
yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka
hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas
itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan
hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu
bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah
penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan
oleh pesalah.
Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud
kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang
Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang
penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.


STATISTIK
Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian yang
dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini
mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario
pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu
ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga
2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.
Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah
65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada
tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada
tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka
ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan
fenomena ini berlarutan.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,
sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008.
Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi
dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial
yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini. Faktor keluarga, rakan-rakan, persekitaran, media


  massa dan media cetak merupakan faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ini. Tidak kurang ada segelintir masyarakat yang menyalahkan keluarga sebagai punca utama kepada permasalahan tersebut.
Unit Sosiobudaya, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak merasakan
bahawa adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan modul dan menganjurkan
program yang dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya
menjaga maruah dan keselamatan diri sendiri agar tidak terjebak dalam masalah
sosial terutamanya yang melibatkan kes kelahiran anak tidak sah taraf dan
pembuangan bayi.

3.0 FAKTOR – FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI
Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini
sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan
kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Terdapat
beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.
Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di
kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran
agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.
Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah
dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan
cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala
tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan
biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat.
Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada
batasnya.
Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan
bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan
perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat
menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak
dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak

luar nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudahterpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satujenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalammasyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini
dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu
bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus
memperuntukkan waktu bersama anak- anak.
Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah
pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah
antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.
Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar
kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu
keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang
lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.
Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini
ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang
terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana
itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal
lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri.
Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak
berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan.

4.0 CIRI-CIRI DALAM DIRI REMAJA YANG TERLIBAT DALAM KES
PEMBUANGAN BAYI
Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kami dalam beberapa rujukan mendapati
terdapat ciri-ciri tertentu bagi remaja yang terlibat dalam masalah pembuangan
bayi. Antaranya terdapat kecelaruan identiti remaja. Terdapat banyak faktor yang
dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan. Salah satunya ialah keluarga tidak
memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak.
Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan
tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka
yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama. Kedua pula ialah
golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng.


Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih Jalan yang tersasar.
Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap dalam diri. Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa mengira larangan agama.
Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung, sifat benci
pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga
tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi
mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun
mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat.
Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama
pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah, anak-
anak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia mutakhir
sanngup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.

5.0 KESAN-KESAN

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa akan dating, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari.
ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Kesan –kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara kita sendiri.
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri
tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah
terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu
usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan
kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin
terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa..
Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang
dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini
dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan
kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah
atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan,
stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan.
Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan
dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan
sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang
sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital
mahupun orang lain.
Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami
kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi.
Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi
undang-undang agama dan negara.
Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan . akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu
iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk
bergaul dengan ornag ramai lagi. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu
menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai memelihara
anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.
Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan
berlaku ialah kernav]cakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan
ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan
kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah
kebajikan masyarakat.

6.0 ANALISA/PERSONALITI

Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu
awal remaja (12-18 tahun) dan akhir remaja (18-22 tahun). Personaliti yang dapat
dilihat pada awal remaja ialah mereka akan capai kematangan fizikal seperti tinggi
maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat
operasi formal dan dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan
kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja.
Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan
sebaya dari jantina yang berbeza.
Manakala bagi akhir remaja, mereka ini akan cuba mendapat otonomi
(autnonomy) dari ibu bapa mereka. Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina dan melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral
dalam masyarakat. Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan
dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.
Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosialisasi yang
menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh
keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik,
pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari
dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan
terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik dan buruk, betul
dan salah.
Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik
berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik
daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan
masyarakat.

7.0
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah
satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada
haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup
mati demi keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak
diisi dengan ajaran agama.
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung
gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak
mendapat kasih sayang yang sewajarnya.
Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam
menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi
keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.
Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara
bersepadu. Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran
bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.
Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak
perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada
terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral
perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka
yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-
perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk
hidup.Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.
Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri.

Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka
hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah Semua
pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam
usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI
Pembinaan semula personaliti dapat memberi kesan positif terhadap diri individu.
Personaliti yang baik adalah cermin kepada peribadi seseorang individu.
Kesan terhadap pembinaan semula personaliti adalah seseorang akan merasa lebih berkeyakinan dengan personaliti yang baru. Personaliti merupakan suatu yang amat penting untuk menggambarkan akhlak atau sahsiah diri seseorang. Personaliti yang baik akan membuatkan orang sekeliling lebih selesa apabila berada di sampingnya.
Justeru, pembinaan semula personaliti dapat memberi kekuatan pada seseorang.Rasa rendah diri dapat dikurangkan dan individu akan menjadi lebih selesa dengan diri sendiri. Individu yang membuang bayi mempunyai personaliti yang negatif
seperti bersikap liar, mengamalkan pergaulan bebas, hidup tidak tenang.
9.0
SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODEL

Memandangkan penyakit gejala sosial ini dihidapi kebanyakannya oleh bangsa Melayu
yang beragama Islam , maka cadangan yang disampaikan ini , lebih menjurus kepada
penyelesaian yang lebih tertumpu kepada komuniti Islam. Sekiranya penyakit
masyarakat ini dapat diubati dikalangan komuniti Islam maka secara tidak langsung
akan menarik minat komuniti bukan Islam untuk menangani gejala sosial di komuniti
mereka dengan berpandukan kepada kaedah yang dibentangkan di sini.
Di sini digunakan terminologi penyakit masyarakat kerana gejala sosial ini bukan
hanya memberi kesan negatif terhadap fizikal, jiwa dan minda mereka yang terjebak
ke dalamnya, malah ianya memberi kesan negatif terhadap pembentukan masyarakat dan peradaban manusia. Selain masalah pembuangan bayi, terdapat masalah lain iaitu
sumbang mahram, budaya gangsterisma dan vandelisma, penagihan dadah, keganasanrumah tangga, tekanan jiwa dan banyak lagi penyakit lain yang kita sendiri merasa terkedu lidah untuk menyebutnya.


Diatas kesedaran dan keinsafan tentang bahayanya gejala sosial kepada masa
hadapan bangsa dan negara, adalah disarankan Kerajaan Negeri membentuk satu
Jawatankuasa dan Pelan Tindakan Bersepadu yang menyeluruh yang melibatkan pelbagai

lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang fahaman politik, jabatan serta
agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani dan seterusnya membendung gejala
sosial daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat. Pelan Tindakan Bersepadu
ini perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya gejala sosial dan juga mengenal
pasti kaedah penyelesaian yang berkesan. Antara perkara-perkara penting yang perlu
diambil kira bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan Pelan Tindakan Bersepadu
tersebut adalah seperti berikut :

1. MENGGERAKKAN KOMUNITI

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan
berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama
menggembeling tenaga untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam,
tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid
atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari ,
setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya.
Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk
menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh
kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan
menjadi lebih mudah. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan
seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti
masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka
akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.
Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dimana masjid
dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber
rujukan, pusat kaunseling dan sebagainya.

2.. KEMPEN SOLAT

Sembahyang adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan solat bermakna kita
merobohkan tiang agama. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah pegangan hidup. Dalam Al Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan keji dan mungkar". Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah
merupakan perkara keji dan mungkar.



Ini menunjukkan betapa solat bukan hanya membentuk peribadi Islam malah ianya
membentuk masyarakat serta komuniti Islam. Betapa beratnya suruhan mengerjakan
solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun, selagi
hati boleh berdetik, selagi mata boleh berkelip, selagi akal kita masih waras
samada dalam keadaan berdiri, duduk ataupun terbaring.
Rasulullah saw mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat sejak
dari usia 7 tahun lagi. Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama dalam
Pelan Tindakan Bersepadu. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa, kempen
solat di masjid dan surau, kempen solat di gedung-gedung perniagaan, kempen solat
di tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi serta di
stadium-stadium. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan terutama di
musim perayaan baik dalam keretapi ataupun mereka yang membawa kenderaan sendiri.
3. KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA

Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama
dalam menangani penyakit masyarakat.. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan,
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja
Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Dalam menangani masalah ini,
jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM.
Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya ,
kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat
mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa,
penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya. Pihak
Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat
mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan, kedai
menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-kedai
menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam.
Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau
kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala
permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh
Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

4. KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN

Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini, malah ianya melibatkan mereka yang
berada di bangku sekolah lagi. Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai
masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah ianya
disegerakan. Ini adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah yang
hina.


Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anak-anakmuda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang memberahikan nafsu. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari semakin memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila syaitan sudah menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa, mulanya hanya naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah pula kes bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan belas kasihan. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan.
Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman, bahawa perkahwinan
adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani penyakit
masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan berpuasa. Dan perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri boleh hidup
bahagia selepas majlis perkahwinan. Sesuai dengan apa yang diperkatakan, iaitu
Islam itu adalah mudah.
Sebagai menarik usaha golongan muda-mudi untuk berkahwin beberapa insentif
boleh dikemukakan antaranya ialah kemudahan untuk mendapat pekerjaan, kemudahan untuk mendapat rumah kos rendah, saguhati perkahwinan dan sebagainya. Pihak
masjid, surau serta badan sukarela juga boleh menimbang sekiranya perlu untuk
menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk membantu mereka yang tidak
berkemampuan.

 RUMUSAN/KESIMPULAN 
Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius.Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu.Dengan usaha-usaha yang dilakukan
secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah
ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada
siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah
merupakan ahli masyarakat.


Sumber www.scribd.com..