SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Tuesday, January 25, 2011

Kesimpulannya...

Setiap manusia mahukan segalanya menjadi seperti yang dirancang dan berakhir dengan baik,tetapi kita hanyalah manusia yang hanya tahu merancang,hanya Allah sahaja yang menentukan samada perancangan kita itu akan berjalan dengan baik atau tidak.itulah ungkapan pembukaan untuk kesimpulan semester ini akan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.semester ini aku mengambil 7 subjet termasuk satu subject repeat,iaitu Statistik.antara subjek lain ialah Financial management,Commercial Law,Microeconomic,Islamic Banking Practice,Occopational English,dan Bahasa Jepun.setakat ini subjek yang menjadi kegemaran aku ialah Financial Management.iaitu subjek teras dalam kursus aku,dan subjek yang setakat ini aku tidak begitu focus ialah Microekonomi,aku risaukan peperiksaan akhir akan menjelang seminggu sahaja lagi.hanya tinggal seminggu untuk ke peperiksaan akhir dengan 3 ujian dan satu lagi tugasan bertulis yang belum dilaksanakana lagi.Untuk ‘anugerah Lecturer of the semester’ untuk semester ini ialah Encik Erman Taib,iaitu pensyarah Subjek Financial aku,kelebihannya ialah beliau tidak mengajar subjek ini hanya untuk setakat selepas peperiksaan akhir sahaja,tetapi beliau mengajar kami teori dan priktikal,iaitu suasana pekerjaan diluar sana,beliau juga adalah bekas pelajar kolej ini juga(1995).’im not teach you for you final exam only,its more than for your future’..itulah ungkapan kuncinya..

Minggu Cabaran

Hidup ini memang penuh dengan cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi bila2 masa sahaja,rintangan yang WAJIB ditempuh agar dapat menenangkan hati yang gelisah,rimas dan panas.Minggu ini adalah minggu kedua yang penuh dengan cabaran dan rintangan bagiku,3ujian,2tugasan bertulis yang perlu dihantar dan satu urusan acara makan malam disebuah hotel pada 29 februari lepas dibawah Islamic Banking and Finance Committee (IBFC)iaitu persatuan Mahasiswa Perbankan dan Kewangan Islam KUIS.Aku ditugaskan sebagai Ketua BiroTeknikal diberikan tugas untuk memastikan segala aspek teknikal pada malam ituberjalan baik dan lancer,dan dengan tugas yang diberikan oleh ku membuatkan aku sentiasa dalam gelisah memikirkan satu perkara yang perlu dilakukan sebelum lain perkara tidak selesai.dalam tempoh seminggu,aku mesti menyiapkan Satu Montag yang berkaitan Mahasiswa Banking semester 6,Hanya seminggu,aku bukanlah seseorang yang mahir dalam IT,tapi aku tidak menyalahkan sesiapa,ini semua salah aku juga kerana terlalu lalai dan jarang menghadiri meeting yang diadakan,bukan kerana malas,tetapi semua ahli MT,exco dan biro2 adalah pelajar dari kelas yang sama,hanya aku seorang sahaja yang sesat.Meeting juga selalu diadakan pada waktu aku mempunyai kelas(malam),jadi aku tidak boleh menghadiri meeting tersebut dan tidak boleh ponteng kelas kerana aku adalah seorang class-rep.aku berharap dengan sangat,semua kerja dan tugasan ini dapat aku selesaikan secepat mungkin agar hati boleh tenang untuk menghadapi Peperiksaan akhir yang akan bermula ada 7 februari.dan akhir sekali,aku harap aku boleh menempuhi minggu ini tanpa sebarang masalah.Insya Allah.

Saturday, January 15, 2011

My Best Frend at Home--

Huh...
hidup tanpa teman umpama hidup dalam gua sorg2...
hargailah kawan2 kita walau apa pun mereka buat kt kita..
tanpa mereka..hidup kita sunyi...
Shyfull
jahat..baik..mereka tetap teman kita..
tapi..mbiklah yang baik...buang yg keruh...
tp bagi ku...teman paling rapat di rumah..
adalah..'dia'..walaupu dia tidak bercakap..tidak faham..
tapi aku seronok 'berkawan' dengannya...
lebih baik berkawan dgn haiwan daripada berkawan dgn manusia yang hanya pandai MENYAKITKAN HATI..yang tau PENTINGKAN DIRI SENDIRI..lebih baik berkawan dgn haiwan..walaupun bunyinya pelik..tapi itulah aku...aku sukakan kucing..walaupon mak dan ayahku tak pernah sukakannya sbb aku pernah demam kerana bermain dgn kucing..(selsema sbb bulu kucing)...kekadang..di waktu malam..aku slalu 'lepak' dgnnya..beselah...aku takde kawan rapat untuk berbual time malam2 ni...cakap je la dgnnya...walaupun dy tak faham...skurng2nye aku tak cakap dgn tunggul...hahaha...love cat!!

Saturday, January 8, 2011

3th Month Update FB best friends

Permarkahan kali ini tidak di beri mata melalui application 'social statistic'di facebook,tetapi dinilai berdasarkan penilaian sendiri..

Ranking Bulan ke3
1-Amien Rizal
2-Samarotul Jannah
3-Muhji
4-Mohd Azim
5-Khairul Hanif
6-Fandi Fp
7-Misz Niena
8-Ummu Umairah Amir

Tunggu bulan hadapan untuk ranking bulan ke4..terima kasih..

Meoww...


Setelah sehari penat ke kelas…Rasa macam nak tidor sehari..oppss..haha…kalo tido siang..badan aku sudah di set untuk tidor kurang dari 4 jam sahaja..tak boleh lebih..entahlah..semester ni,rasa seperti sekejap sahaja..berbaki 3 minggu untuk ke final exam…hasil penat lelah ku ke kelas..Insya Allah..aku akan manfaatkan sebaiknya…tapi yang menariknya bile pergi ke kelas ni..aku tertarik dengan 3 ekor kucing..iaitu 2ekor anak kucing dan seekor ibu kucing yang selalu berada di bawah parcel laluan aku pergi ke kelas..telatah mereka ni selalu menghilangkan penat ku..taula..telaltah seekor ibu yang suka melihat anak kucingnya bermain di semak..tiap hari..aku selalu melihat mereka bermain,cume kadang2 je dorg ni xd.. aku ni jenis yang suka sangat dengan kucing..namanya aje dah buat aku terhibur..KU-CING..haha..aku ad banyak cerita tentang kucing2ku..yang telah aku post tahun lepas..bulan..sehingga kini,aku masih mempunyai kucing peliharan..kucing jantan pertama aku,sebeum ni,aku slalu bela kucing betina jer..hahaha..bile pertama kali aku jejak kaki kerumah,dia la yang pertama aku cari…haha..jangan samakan aku dgn prmpuan..aku ialah lelaki yang sangat sukakan kucing..kekadang..kt kucing ni tempat aku bercerita..walaupun macam unsound mind sikt..tapi…itulah aku…

Sunday, January 2, 2011

Tahniah..!!


Jutaan Tahniah kepada pasukan Bola Sepak Malaysia yang Berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta selepas menang aggregate 4-2 walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia.Kedua dua pasukan yang tidak pernah menjuarai gelaran itu berentap di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil 26 dec dan Stadium Gelora di Jakarta…Sejak pasukan bola kita di latih oleh K.Rajagopal,Malaysia juga telah merangkul pingat emas dalam acara ini dalam temasya sukan SEA pada tahun 2009,ini adalah satu peningkatan dalam bola sepak Malaysia.Peningkatan ini juga hasil dari usaha dan kerjasama pemain pemain Malaysia yang bernilai dan hebat seperti Nor Shahrul Idlan Talaha,Safiq Rahim,Amirulhadi dan Safee Sali yang juga dinobatkan anugerah Kasut Emas dengan 6 gol dalam kejohanan itu.Diharapkan pasukan Bola Sepak Malaysia ini dapat terus menggenggam banyak lagi kejayaan kelak..