SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Tuesday, January 25, 2011

Minggu Cabaran

Hidup ini memang penuh dengan cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi bila2 masa sahaja,rintangan yang WAJIB ditempuh agar dapat menenangkan hati yang gelisah,rimas dan panas.Minggu ini adalah minggu kedua yang penuh dengan cabaran dan rintangan bagiku,3ujian,2tugasan bertulis yang perlu dihantar dan satu urusan acara makan malam disebuah hotel pada 29 februari lepas dibawah Islamic Banking and Finance Committee (IBFC)iaitu persatuan Mahasiswa Perbankan dan Kewangan Islam KUIS.Aku ditugaskan sebagai Ketua BiroTeknikal diberikan tugas untuk memastikan segala aspek teknikal pada malam ituberjalan baik dan lancer,dan dengan tugas yang diberikan oleh ku membuatkan aku sentiasa dalam gelisah memikirkan satu perkara yang perlu dilakukan sebelum lain perkara tidak selesai.dalam tempoh seminggu,aku mesti menyiapkan Satu Montag yang berkaitan Mahasiswa Banking semester 6,Hanya seminggu,aku bukanlah seseorang yang mahir dalam IT,tapi aku tidak menyalahkan sesiapa,ini semua salah aku juga kerana terlalu lalai dan jarang menghadiri meeting yang diadakan,bukan kerana malas,tetapi semua ahli MT,exco dan biro2 adalah pelajar dari kelas yang sama,hanya aku seorang sahaja yang sesat.Meeting juga selalu diadakan pada waktu aku mempunyai kelas(malam),jadi aku tidak boleh menghadiri meeting tersebut dan tidak boleh ponteng kelas kerana aku adalah seorang class-rep.aku berharap dengan sangat,semua kerja dan tugasan ini dapat aku selesaikan secepat mungkin agar hati boleh tenang untuk menghadapi Peperiksaan akhir yang akan bermula ada 7 februari.dan akhir sekali,aku harap aku boleh menempuhi minggu ini tanpa sebarang masalah.Insya Allah.

No comments:

Post a Comment