SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Friday, October 28, 2011

Apa dah jadi??(Wanita senjata Syaitan)

Syaitan mempunyai banyak akal dan idea untuk menghancurkan manusia,salah satunya ialah perempuan…ye ..kita sume tau perempuan itu senjata syaitan..itulah kenyataannya dan kita jgk tau hakikatnya dan akibatnya..tapi?? apakah tindakan kita? Mungkin ramai kt luar sana sedar akan hakikat ini,tp yg buat mslhye..tiada tindakan..ada kesedaran tapi xde tindakan.salah satu keje perempuan ialah melalui hiburan yg menyesatkan..bila ramai prmpuan yg kje ye menghiburkan lelaki,maka tunggulah azab Allah s.w.t..dorg ni adalah salah satu golongan yang dilaknakt Allah..adakah kita tergolong dari perempuan ini..(ladies only).Maksiat dan kemungkaran semakin menjadi-jadi,kdg ia berlaku didepan mata kita sendiri,kemana perginya sifat malu kita sebagai umat Islam?..Punca terbesar semua tindakan ini ialah tak lain tak bukan..Nafsu seks yg telah Allah jadikan sejak manusia di cipta..kita harus ingat,yang kita telah pon berada dizaman fitnah..iaitu akhir zaman.bila aurat teredah,wanita berpakai menjolok mata mendedahkan bentuk badan,berbagai kemungkinan mksiat boleh berlaku,kita xboleh nk salahkan lelaki sahaja..semua harus memainkan peranan.adakah kita mahu hidup di zaman jahiliyah kembali?kemana perginya sensetiviti kita sebagai umah Islam yang sopan dan suci?oleh itu kaum wanita harus berwaspada dgn berpakaian sopan,siapa tau,malang tidak berbau.Jagalah batas batas aurat kita,mata juga berpunca segalanya.tiap ari di akbar,pasti ada cerita tentang kes maksiat,cabul,rogol yang disiarkan.manusia hari ini telh hilang pegangan imannya,hidup bertuhankan nafsu.tak kira siapa.asalkan nafsu boleh dilepaskan.Nauzulbillah..jadi,salah satu cara untuk kita terlepas dari geombang dosa ini ialah..lakukan suruhan Allah,dan tinggalkan larangan nya,dan yang paling terpenting sekali ialah..TIDAK LALAI DALAM MENGERJAKAN SOLAT.. Firman Allah, maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)..percayalah..aku sudah hidup lebih 20 tahun (20tahun je) di dunia ini..firman Allah itu memang benar..aku melihat kemungkaran pada orang yang lalai dgn solat nya..dan cubalah untuk tidak mempunyai hubungan dgn pasangan yang bukan mahram..(couple).. Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32)..bercouple juga di kategorikan sebagai zina juga.salah satu ialah zina hati..boleh jadi zina mata dan zina badan..kenapa kita mengendahkan firman Allah di dalam kitab suci kita?? Sedarkah kita?? YAA..KITA SEDAR..tapi apa yang kita buat?? NOTHING..ini lah salah satu sebab mengapa bangsa lain menghina agama kita,Islam..kerana selagi kita tidak kembali kepangkalan jalan..selagi itulah kita akan terus dipijak.tidak salah untuk kita untuk menggapai impian kita,tapi ingatlah pencipta kita dan firmanNya. Mendiang Gladstone – PM Britain di zaman Queen Victoria menegaskan di dalam satu persidangan Parlimen ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan sambil tangan kanannya mengangkat Al-Qur’an: “ selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan Kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu, pisahkan mereka daripada Kitab ini.”..lihatlah..mengapa orang kafir di luar sana tau akan kekuatan al-Quran?? Mereka tahu..tapi tidak bagi kita..syaitan telah menguasai diri kita dgn pelbagai cara untuk menyesatkan umah Islam,dan orang Israel akan terus berkuasa selagi jemaah solat subuh kita tidak seramai solat jumaat.Cuba renungkan bersama.kemanakah roh kita akan pergi selepas kita mati kelak? Pernahkah kita fikir akan dunia akhirat..iaitu dunia yang kekal abadi dan penuh keadilan..cukupkah bekalan kita untuk berhadapan dgn Allah?? Layakkah kita untuk Syurga Allah..?? adakah kita sudah cukup melaksanakan amanah Allah dan Rasul nya? Fikirlah wahai temanku..sesungguhnya dunia yang kita lalui ini adalah bersifat sementara,kehidupan kita ini umpama bahtera yang berhenti di perlabuhan untuk mengangkut bekalan..kemudian meneruskan perjalannya..itulah objektif kita.Kuat dan teguhkan iman kita dgn berlandaskan rukun iman dan Islam.InsyaAllah..Allah akan lindungi dan jauhi kita fitnah dan kemungkaran akhir zaman..Berusahalah untuk menjadi lebih terbaik.Akhir sekali,secebis ayat Al-Quran untuk kita renungkan bersama..

"Dan Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian". Zukhruf, 43:56.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan menegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah". Ali Imran, 3:110

"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiin) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiut at-tabiin)"

"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya". Az-Zumar, 39:55.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment