SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Tuesday, September 13, 2011

Selesai Halangan Pertama.

Selepas penat n pecah otak untuk Exam Investment..
akhirnya..lepas jugak halangan tu..
Terlalu banyak formula nak di ngat..
sampaikan habis memory otak aku..
dicampur dgn perangai dak2 klas aku yang tak tido n berbising kt bilik aku..
akhinya..dapat jugak aku bantai macam2..(tido over time)..
next exam..isnin depan..Marketing..hanya teori yg perlu dingat..
tak payah nak study calculation..
good luck for all..!!

Wednesday, September 7, 2011

Lawak Kentot..(terbaik)

Nah..ini cite lawak gak kot.


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku
suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi berkorbanlah, iaitu
dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..... sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik
lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebuslah.. aku pun makan nasi dengan
telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk
makan sambil berjalan balik nanti.

Tiba dekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk
kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada surprise untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang
diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan
cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la..
aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb... aku pun tak
tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng
sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT PRRROOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak
tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja
makan aku ni.. sambil tu aku sebut... ahhhh... legaaaa...

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata
'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..

Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... MAAAKK!!!!!!!!!... DATOKK... nyaris aku pengsan... Benda pertama
aku lihat... muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan... Bos aku
dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!!!'

p/s kopi paste dari internet/xde kaitan dgn aku = )))

Semester 5 expenses DIB 5D