SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Sunday, November 20, 2011

Menilai Hukum Hudud Dari Segi Saintifik


Hukuman hudud yang dijalankan di Somalia

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(An-Nur:2, al Quranul Karim)

Pandangan Ulama Tafsir

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam. Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

Perbahasan

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;

Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin


Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin


Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam dilakukan ke atas pesalah zina yang telah berkahwin

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Hikmah Disebalik Perlaksanaan Hudud

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.


Virus HIV menguasai T4 Limfosit (merah) untuk menyerang sistem badan

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.


Imuniti Dan Hikmah Pelaksanaan Hudud

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam. Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal) dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) sama ada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:

Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
Tindakbalas pembaikan sel


Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan. Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologi, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

Sumber : Dr. Jamnul Azhar

32 Perkara Rahsia Israel Disembunyikan..

1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir k eluar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara bansa yahudi dan bukan yahudi?

4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel? Mereka akui itu.

5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel?

7. AS terus memberikan bantuan tentera kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun? Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika?

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin eksistensinya.

9. Pemerintah AS telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklier pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklier? Juga menolak Team Investigasi PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nukliernya?

11. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklier?

12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Israel telah meledakkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan melukai 177 lainnya, tetapi AS sama sekali tidak melakukan tindakan bals apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS?

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tampal keterangan peluang kerja dengan perkataan: "peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja", "dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi"?

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah?

20. Sharon pernah mengajak Partai Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya? Padahal partai itu berideologi radikal dengan persepsi pokok untuk membersihkan Israel dari non ras yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendiri Partai Syas (partai terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

Iaitu, "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua ras yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluq yang jahat dan terkutuk.."

23. Tahukah anda bahawa pengungsi atau pelarian Palestin adalah terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristen Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya.

26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merusak seluruh sarana dan prasara pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah prosentase penduduknya.

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia internasional yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepatakan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Genewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh militer Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang militer Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi militer Israel terus menyerang, menembaki rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembantaian tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian?

31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin?



Apa kata mereka tentang Islam??

William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.

Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "

Ucapan musuh Islam (Komunis): “ sesungguhnya agama adalah candu ( khayal / mabuk ) kepada masyarakat serta merupakan sebab kepada kemunduran dan kelemahannya.”

Paderi Simon: “ sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi.”

Lornis Brown: “ apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”

Arnold Twenbey menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “ sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”

Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “ telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam akan turut hancur.”

W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.”

Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “ sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.

Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.

Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”

Ibn Glorion: “ sesungguhnya perkara yang paling ditakuti yang kami bimbangkannya ialah kembalinya Muhammad s.a.w baru dipersada Arab.”

Dr. Castro – pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka: “ Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya kedapatan dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga entitinya.

Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai Negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama Negara sosialis Israel.”

Callaghan – bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap aqidah Islam yang berleluasa di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut. Juru hebah bertanya beliau tentang topic-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya: “ di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran…” sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut: “ persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”

Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas: “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu: sesungguhnya di sana terdapat aqidah yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.

Jewish Cronical – majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di university-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam: “ pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Kimon – orientalis Perancis menulis dalam bukunya Pathologi Islam: “ saya berpendapat bahawa rukun Islam yang lima mestilah dimusnahkan serta menghapuskan yang lainnya dengan kerja-kerja berat, menghancurkan Ka’abah serta meletakkan Muhammad dan jasadnya di Muzium Lyrther.”

Philip Fondasy – menulis dalam bukunya Penjajahan Perancis di Afrika Hitam: “ amat penting bagi Perancis untuk menentang Islam di alam ini serta mewujudkan politik permusuhan terhadapnya, juga berusaha sekurang-kurangnya untuk menghentikan perkembangannya.”

Lawrence Brown – “ pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, manakala Jepun pula, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”


Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini: “ sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak pada mereka. Bahkan kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”


Pemimpin Tertinggi Freemason: “ kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”

Pemimpin Tertinggi Imprealis: “ arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”

Karl Marx – pengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem) , maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”

Miyen – seorang pemimpin di Burma: “ jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”


10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Fikirkan...

“KUBAH KIAMAT” DI NORWAY KUTUB UTARA

(Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia begitu taksub pada amalan meramal masa depan. Namun jika diikuti pula pada kajian sains sememangnya dunia akan berdepan dengan satu malapetaka besar pada suatu masa nanti namun tak siapapun tahu bilakah masa terjadinya. Sesungguhnya hanya kepada Allah kita serahkan semua urusanNya)



Masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat pun.

Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan suhu dunia.

Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.


Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.

Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.

Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.




Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 ° C (27 ° F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas.

Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya.

Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.



Dan telah diadakan Perayaan Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para Ahli Genetik Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean, Svalbard-Norway. Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari Korea (Korea Polar Institute) dan Jepun (University Tsukuba).

Anda bolehlah melihatnya menggunakan perisian Google Earth pada koordinat 78°14′23″N, 15°29′43″E. Di bawah ada sedikit lagi gambar² di dalam “KUBAH KIAMAT” (DOOMSDAY VAULT):


Saturday, November 19, 2011

TARIKH KIAMAT..TIDAK PERLU

Ya, kiamat kian hampir dan polemik hari kiamat bukan perkara baru. Ia sudah bermula sejak Nabi Muhammad SAW (selawat dan
salam buat beliau) masih hidup lagi. Jibril (salam ke
atasnya) pernah menguji Nabi tentang hari kiamat dan beberapa sahabat pernah bertanya kepada
Nabi ‘bilakah hari kiamat?’
Beriman dengan hari kiamat termasuk salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap orang
Islam. Ia bukan semata-mata ajaran Nabi
Muhammad SAW, bahkan ajaran semua nabi-nabi
sebelum baginda termasuk ajaran umat Yahudi
dan Kristian. Justeru tidak hairan apabila ada filem
Barat yang menggambarkan hari kiamat persis disebutkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi.
Sahabat Nabi bernama Abu Hurairah (semoga
Allah redha kepada beliau) menceritakan pada suatu hari seorang lelaki Arab Badui datang
bertanya kepada Nabi, “Bilakah hari kiamat?” Ketika
itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan
soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata, “Manakah orang yang bertanya tentang
hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata, “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab, “(Kiamat akan
datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang
itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan,
“Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?”. Nabi
menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada
yang bukan ahlinya, maka tunggulah
kiamat.” (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)

Bukan sahaja Nabi Muhammad, bahkan para
malaikat termasuk Israfil tidak mengetahui bilakah detik dan ketika itu.

Walhal, Israfil ditugaskan untuk
meniup trompet sangkakala ketika terjadinya
kiamat.
Sehingga Nabi menyatakan malaikat Israfil
tidak mengedipkan matanya sejak ditugaskan
memegang trompet sangkakala menanti perintah
Allah,
“Sesungguhnya pandangan pemilik trompet
sangkakala (malaikat Israfil) sejak dipasrahkan
kepadanya telah bersedia melihat ke Arasy, khuatir
ia diperintahkan sebelum sempat mengedipkan
matanya seakan-akan kedua matanya adalah dua bintang yang menyala-nyala.” (Hadis sahih
daripada Al-Hakim)

Dalam satu hadis yang lain pula Nabi menjelaskan,
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan
trompet ke dalam mulutnya, menumpukan
perhatian dan memusatkan pendengarannya
sambil menunggu perintah untuk
meniupnya…” (Hadis sahih daripada Imam Tirmizi)

Hikmah rahsia hari kiamat
Hikmah Allah merahsiakan hari kiamat kepada
seluruh maklum, sama seperti hikmah Allah
merahsiakan waktu kematian bagi setiap manusia.
Bahkan kematian juga disebut sebagai ‘kiamat kecil’
bagi manusia.

Pengarang Tafsir Ruhul Ma’ani, Imam Mahmud
Syukri Al-Alusi (w. 1270 H) menyatakan satu dari hikmah dirahsiakan hari kiamat ialah, “menjadi
pendorong kepada manusia untuk sentiasa
beribadah dan menghalang daripada melakukan
maksiat.”
Oleh yang demikian itu, setiap kali umat manusia
melihat tanda-tanda kiamat sudah wujud, mereka
pun berasa takut terhadap kiamat dan huru-haranya. Keimanan mereka pun bertambah dan
akan segera mempertingkatkan amal soleh.”

Nabi pernah berpesan,

“Bersegera melakukan amal
soleh sebelum tiba enam perkara, iaitu terbitnya
matahari dari barat, keluarnya asap, munculnya
binatang melata (ad-dabbah), kematian atau hari kiamat.” (Hadis Muslim)....

/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang
yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati
mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya
(ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka,
dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Angka 2012 dalam Al Quran



PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.



Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.



Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.



Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.



Penemuan 2012 dalam al-Quran



Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;



13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77





dan jumlahnya



13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433



merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).





Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);





30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h




Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).



Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.



Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?



Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.


"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


But if you don’t do it, and you shall never do it,

then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.



"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.



" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
~ AL-FARISI

sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi

Saturday, November 12, 2011

Amaran untuk pengguna laptop




Pasangan suami isteri kehilangan anak 25 tahun mereka dalam kebakaran di rumah pada 4 Jun. Anak yang berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison pulang ke rumah untuk sementara waktu dua minggu lebih awal . Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali untuk membersihkan bilik asrama. Bapanya memberitahu beliau menunggu, untuk bertemu dengan ibunya, sebelum dia kembali untuk beberapa hari.Beliau memutuskan untuk mengambil tidur sebentar sementara menunggu untuk ibunya untuk kembali pulang dari kerja. Beberapa waktu kemudian jiran-jiran mereka yang dipanggil 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa berumur 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Ia mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Ia telah ditentukan bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Apabila laptop di atas katil, kipas penyejukan tidak mendapat udara untuk menyejukkan komputer dan menyebabkan kebakaran itu. Dia tidak bangun untuk keluar dari tempat tidur kerana dia meninggal dunia kerana bernafas dalam karbon monoksida.

Sebab yang Saya menulis surat ini kepada anda semua bahawa saya telah melihat ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Marilah kita semua membuat keputusan dan membuat satu amalan yang tidak berbuat demikian. Risiko tersebut adalah benar. Marilah kita menjadikan peraturan yang tidak menggunakan komputer riba di atas katil dengan selimut dan bantal di sekitar. Sila mendidik seberapa ramai orang yang anda boleh.

Cara Membuka Web Yg di sekat oleh SKMM

langkah pertama..

1-Cari 'hide my ass' di carian google

tukar SSL security dari ON ke OFF..
kemudian Klik 'Hide My Ass'



masukkan web yg disekat di carian google selepas langkah tadi..


selesai










Senarai Laman Web Disekat SKMM Malaysia

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Tuesday, November 8, 2011

Boleh tutup telefon bimbit berdering ketika bersolat?

Boleh tutup telefon bimbit berdering ketika bersolat
Oleh Muhammad Asyraf

2011/11/08
Pergerakan dibenarkan kerana maslahah jaga khusyuk

SOLAT memerlukan tumpuan kerana apabila perhatian terganggu, ia mampu mengurangkan pahala solat. Sebab itu Islam amat menitik beratkan persoalan persediaan sebelum solat termasuk menetapkan hati yang tenang serta memakai pakaian bersih.
Persediaan juga mengambil kira mengelak daripada perkara yang boleh mengganggu solat seperti kerap berlaku sekarang ini, bunyi deringan telefon bimbit. Perkara ini penting kerana bunyi deringan telefon itu boleh mengganggu solat kita serta jemaah lain.
Deringan bunyi telefon terkadang menghasilkan lagu dan bunyi yang jelas mampu menghalang jemaah terus khusyuk ketika solat sedangkan khusyuk satu tuntutan penting dalam solat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menghalang sahabat memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dengan nyaring ketika orang lain sedang solat.

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW apabila pergi ke masjid untuk beriktikaf dan Baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, Baginda berkata: “Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran (atau apabila bersolat).” (Hadis riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis, jika al-Quran juga dilarang diperdengarkan kerana boleh mengganggu solat, apatah lagi bunyi deringan telefon. Sudah tentu dilarang dan sebab itu wajib bagi ingin menunaikan solat menutup telefon bimbit sebelum melakukan solat sama ada bersendirian atau berjemaah.

Namun persoalan berbangkit, bagaimana jika kita terlupa menutupnya sebelum bersolat dan telefon berdering. Adakah kita perlu menghentikan solat, menggerakkan anggota tubuh untuk mematikan telefon bimbit atau membiarkan saja telefon terus berdering.

Jawapan paling tepat di sini ialah mematikan telefon tanpa membatalkan solat. Maksudnya, orang yang sedang solat dibenarkan bergerak sedikit anggota badan lalu menutup telefon itu. Pergerakan ini dibenarkan dalam solat kerana maslahah menjaga khusyuk solat lebih besar daripada terus membiarkan telefon berbunyi sepanjang kita bersolat.

Persoalan ini termasuk dalam perbahasan hukum pergerakan dalam solat. Perbuatan tidak termasuk dalam perbuatan solat jika dilakukan dengan banyak maka ia terbatal tetapi jika dalam kuantiti sedikit membabitkan anggota kecil, maka dibolehkan.

Cuma di sini, ulama berselisih pandangan mengenai ukuran banyak atau sedikit. Dalam mazhab Syafie, jika dilakukan melebihi tiga kali dan secara berturutan maka ia membatalkan solat.

Namun bagi Imam an-Nawawi, ia turut mendatangkan contoh pergerakan yang sedikit seperti memberi isyarat ketika menjawab salam, melepaskan serban atau meletakkannya, menggosok lendir yang terlekat di baju dan lain-lain lagi.

Banyak juga keterangan hadis menceritakan pergerakan Nabi SAW dan sahabat ketika sedang solat kerana maslahah tertentu. Contohnya, pergerakan Nabi SAW memegang telinga Ibnu Abbas untuk memindahkannya daripada sebelah kiri ke sebelah kanan Baginda.

Pergerakan yang banyak ini sudah dijelaskan oleh Ibn Battal bahawa inilah maslahah digunakan Nabi SAW dalam memelihara solatnya daripada terganggu.

Begitu juga kisah Nabi SAW sendiri pernah solat dalam masjid sambil mendukung cucunya Umamah. Apabila rukuk, Baginda akan meletakkan cucunya di bawah dan apabila bangun, Baginda akan mendukung cucunya kembali.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian cendekiawan Islam menolak dalil pergerakan Nabi SAW sebagai hujah untuk membolehkan kita mematikan telefon bimbit ketika solat kerana kata mereka ia khusus kepada Nabi SAW. Bahkan ada sebahagian mengatakan pergerakan dilakukan Nabi SAW itu boleh jadi tidak dilakukan secara berturut-turut melebihi tiga kali.

Namun, pendapat mereka masih tidak kukuh disebabkan ada juga sahabat melakukan pergerakan yang banyak apabila terdapat maslahah mendesak. Di samping itu, tiada jaminan Nabi SAW tidak bergerak melebihi tiga kali berturut.

Bahkan ia adalah perkara ijtihadiyyah Imam Syafie yang memang terkenal sebagai imam yang amat berhati-hati dan menjaga kesempurnaan solat. Ini suatu yang baik jika kita ingin mengambil pendekatan Imam Syafie.

Bagaimanapun, dalam kes mematikan telefon, ini keperluan mendesak. Ia boleh dikategorikan sebagai pergerakan yang wajib dilakukan ketika solat kerana larangan mengganggu jemaah lain yang sedang solat adalah wajib.

Oleh itu, perbuatan mematikan telefon dimasukkan dalam perbahasan yang sama seperti keharusan bergerak untuk membunuh binatang buas yang mengancam. Ia diqiyaskan kepada hadis Nabi SAW yang mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil ketika solat.

Diriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan supaya membunuh dua binatang buas walaupun ketika solat iaitu kala jengking dan ular (jika ia menghampiri ketika solat).” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Justeru, dapat difahami bahawa wajib bagi seseorang untuk mematikan bunyi telefon bimbitnya kerana ia merosakkan ketenangan orang yang sedang solat, seperti mana bahayanya kala jengking dan ular.

Namun pergerakan itu mestilah dibatasi supaya tidak terlalu melampau sehingga melambangkan seolah-olah tidak ada perbezaan antara orang yang melakukan solat dan orang belum mengerjakan solat.

sumber - berita harian online 8nov2011

Friday, November 4, 2011

Khutbah tentang Hukum Hudud

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT
18 OKTOBER 2002M / 11 SYAABAN 1423H
HUDUD DALAM ISLAM

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan

Hari ini, melalui pelbagai media, kita semakin mendengar suara-suara untuk menegakkan syariat. Dalam persekitaran terbuka dan kemajuan teknologi maklumat, masyarakat Singapura hari ini pasti tidak terlepas dari tempiasan seruan sedemikian untuk mengikuti perkembangan seruan-seruan sedemikian dan membincangkannya. Masyarakat bukan Islam juga pastinya turut maklum akan seruan sedemikian kerana isu memperundangkan Hudud dan cadangan meminda Perundangan di negara-negara berdekatan bagi membolehkan pelaksanaan syariat mendapat liputan dari akhbar tempatan. Pastinya ini akan menimbulkan persoalan akan pendirian dan perspektif masyarakat Islam Singapura.

Sidang Jumaat Sekalian

Terdapat pelbagai erti syariat di sisi ulama. Ada yang memberi erti yang luas dan ada yang memberi erti yang khusus. Namun yang dituntut ke atas umat Islam ialah untuk mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Allah taala berfirman yang bermaksud


“Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran : 85)

Adapun Islam yang hendak ditegakkan ialah agama yang harus meliputi tiga aspek – Aqidah iaitu kepercayaan, Amal Ibadah serta perundangan atau dikenali juga dengan Fiqh dan Akhlaq serta ketatasusilaan.

Pada setiap satu dari ketiga bahagian tadi mempunyai perincian dan keutamaan yang tidak boleh diabaikan.

Atas dasar itu, bila kita bercakap mengenai penegakan syariat dalam erti kata yang umum dan luas iaitu penegakan Islam sendiri maka ia memberi erti penanaman aqidah yang betul, perundangan yang benar dan akhlaq yang terpuji.

Dan kalau kita maksudkan pelaksanaan syariat dalam erti yang khusus pula iaitu aspek Fiqh atau perundangan seperti hudud, sesungguhnya dalam Islam ia tidak harus mengabaikan aspek penanaman aqidah dan pembentukan akhlaq. Bahkan aqidah mestilah mendasari pelaksanaan perundangan dan pelaksanaan perundangan mestilah seiring dengan penghayatan akhlaq yang terpuji.

Tidak cukup bagi seorang Islam hanya beriman dan mengaku sebagai seorang Islam sahaja tanpa beramal dengan perundangan dan akhlaqnya dan begitulah juga sebaliknya.

Ada setengah pihak berkata ‘Mengapa perlu buat itu dan ini.. . .. yang penting hati mahu baik. Apa guna buat itu dan ini, kalau tingkah laku masih tak betul. Bukankah yang penting ialah inti ajaran Islam bukan bentuknya.

Ini adalah kata-kata yang tidak tepat kerana jika kita menerima hujah ‘yang penting hati mahu baik.. yang penting adalah inti bukan bentuk’ maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajiban agama. Orang akan mengatakan ‘buat apa sembahyang, kalau masih buat itu dan ini.... apa guna pergi haji, tapi masih tak sedar diri macam pak haji tu.... buat apa puasa, kalau hanya setakat berlapar sahaja ... yang penting hati mahu baik’.

Sepatutnya kita memahami bahawa seseorang yang melaksanakan amalan Islam bukan seorang yang maksum (terlepas dari buat dosa). Maka tidak mustahil, seorang wanita yang berhijab misalnya tetapi melakukan sesuatu kemungkaran juga seperti mengumpat dan berhasad dengki. Dalam hal ini, Allah taala akan memberi pahala kepadanya kerana berhijab dan juga dosa atas keburukan yang ia lakukan dan sifat keji yang ada dalam hatinya.

Sidang Jumaat sekalian

Salah satu dari aspek perundangan Islam yang sekarang ini banyak dibicarakan ialah pelaksanaan hudud.

Hukum hudud adalah salah satu dari cabang undang-undang jenayah Islam. Asal ertinya bermaksud batas atau apa jua larangan yang ditegah oleh Allah taala sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala,


“Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.” (Al-Baqarah : 187).

Dalam konteks undang-undang jenayah Islam, hudud bermaksud segala kesalahan bukan ke atas diri manusia yang telah ditetapkan hukumannya oleh Allah taala secara khusus. Kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan hukumannya secara khusus oleh Allah taala dinamakan ta`zir seperti merosakkan harta benda awam. Kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya pula tetapi berkaitan ke atas diri manusia seperti membunuh dan mencederakan tubuh dinamakan qisas.

Hudud, Qisas dan Ta`zir membentuk undang-undang jenayah Islam.

Kesalahan-kesalahan yang digolongkan dalam kesalahan hudud ialah

Pertama, melakukan zina yang dihukum dengan sebat 100 kali bagi pesalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah taala di surah An-Nur : 2 dan rejam sehingga mati jika ia dilakukan oleh pesalah yang telah berkahwin sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadits
riwayat Ibn Majah dan hukuman yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas Ma`iz dan Al-Ghamidiyyah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Kedua, menuduh orang lain berzina tanpa bukti yang dihukum dengan 80 kali sebat yang dinyatakan dalam firman Allah taala di surah An-Nur : 4.

Ketiga, minum arak yang dihukum dengan 40 kali sebat. Rasulullah s.a.w bersabda



“Sesiapa yang minum arak, maka sebatlah dia.” (Riwayat At-Tirmuzi).

Keempat, mencuri yang dihukum dengan memotong tangan sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah taala di surah Al-Maidah : 38.



Kelima, merompak yang hukumannya mengikut kadar keseriusan perbuatan ialah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala di surah Al-Maidah : 33.

Sebahagian ulama pula memasukkan kesalahan memberontak ke atas negara dan murtad di dalam jenayah hudud.

Untuk memahami jenayah hudud secara komprehensif adalah perlu juga memahami aspek cara pembuktian, cara pelaksanaan, falsafah disebaliknya serta hikmahnya agar tidak timbul salah faham terhadap hukum Allah taala.

Hari ini ramai yang mengkritik hukum potong tangan kerana mencuri misalnya sebagai satuhukuman yang ganas tanpa memahami apakah erti curi yang dimaksudkan? Bilakah curi itu boleh dihukum potong tangan? Apakah pula falsafah perundangan Islam? Seolah-olah kalau curi seringgit dua ringgit sahaja, maka terpotonglah tangan pencuri itu.

Sidang Jumaat Sekalian

Untuk menghuraikan keseluruhan aspek hudud ini pastinya tidak dapat dilakukan melalui media khutbah ini. Yang penting, perlulah diketahui bahawa hudud adalah sebahagian dari agama kita yang wajib ke atas kita untuk memahaminya sebaik mungkin sebelum kita bercakap mengenai pelaksanaannya atau mengkritiknya.

Oleh kerana hukuman hudud telah tsabit dalam Al-Quran dan As-Sunnah, maka wajib ke atas umat Islam di mana pun dia berada untuk beriman akan kesahihan hukum hudud. Meragui dan mempertikaikan kesahihan hukum hudud boleh merosakkan aqidah kerana ditakuti terjatuh dalam firman Allah taala



“Dan sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44).

Namun pelaksanaan hudud haruslah dilakukan setelah segala infrastruktur dipersiapkan seperti tenaga-tenaga yang terlatih dan sistem kehakiman yang berkesan. Selain itu, masyarakat umumnya juga haruslah telah bersedia untuk menerimanya kerana cara hidup Islam bukan dibina atas kekuasaan undang-undang tetapi atas aqidah dan iman dalam diri manusia.

Yang penting pula, hukuman hudud hanya boleh dilaksanakan oleh Ulil Amri (kuasa politik Islam). Hudud tidak boleh dilaksanakan oleh individu atau organisasi Islam. Seorang ayah tidak boleh melaksanakan hudud ke atas anaknya yang minum arak dan organisasi Islam tidak boleh menyerang pelaku kesalahan hudud atau kelab-kelab malam di jalan-jalan.

Memperkenalkan hudud dalam masyarakat yang telah lama meninggalkan Islam juga haruslah memerhatikan prinsip tadarruj (bertahap-tahap). Hudud tidak semestinya dilaksanakan semuanya sekali gus kerana Allah taala mensyariatkan hudud juga secara bertahap-tahap.

Walau bagaimanana pun, perlulah difahami bahawa hukum hudud adalah hanya sebahagian dari banyak kewajiban agama yang perlu ditunaikan oleh umat Islam. Oleh itu, perlulah diperhatikan urutan keutamaan-keutamaan kewajiban yang perlu dipenuhi mengikut keadaan sesuatu tempat dan masa. Dalam konteks inilah masyarakat Islam Singapura yang hidup sebagai kelompok minoriti melihat isu hukum hudud iaitu walau pun kita beriman dengannya, tetapi kita mempunyai realiti dan keutamaan yang berbeza berbanding umat Islam yang lain

Walau pun kita dituntut menegakkannya tetapi ketidakupayaan kita untuk melakukannya tidak bermakna keIslaman atau martabat kita lebih rendah dari umat Islam yang lain di sisi Allah taala kerana kita dituntut untuk berusaha mengikut keterbatasan yang ada.

Najasyi, Raja Habsyah, adalah seorang muslim dan berkuasa tetapi tidak berupaya melaksanakan syariat Islam sepenuhnya kerana kemungkinan tentangan rakyatnya yang majoriti masih beragama Kristian. Namun Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazahnya dan memuji beliau. Ini telah dinyatakan oleh Ibn Taimiyah dalam buku Al-Fatawa, jilid 19, mukasurat 218-219.

Allah taala berfirman yang bermaksud


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah : 286).

Moga-moga Khutbah ini dapat memberikan sedikit panduan bagi masyarakat Islam kita dalam melihat perkara ini dari pelbagai sudutnya.

p/s siapalah kita untuk mengatakan tunggu dengan hukum2 Allah s.w.t

Wednesday, November 2, 2011

Kau Auraku (Ada Band)

Kau Auraku

Malam kehadiran cinta, sambut jiwa baru
Telah lama kutunggu, hadirmu disini
Namun hanya ruang semu, yang nampak padaku
Mesti sulit harus, kudapatkan

Kerinduan yang mendalam, terbitkan hasratku
Sambutlah tangan ini, terima janjiku
Rasakan cinta yang tulus, lewat aliran darahmu
Menyatu seiring dalam kasih

[Reff]
Kau auraku, pancarkan sepercik harapan
Datanglah merasuk, menjelma, meleburkan cinta
Kubawa kau terbang, menembus, awan yang beriring
Kembangkan senyuman, bagai bunga, bawa keindahan

Tak dapat kusangkali, adanya dirimu
Yang s’lalu menaungi, pikiran batinku
Ingin miliki hatimu, takkan pernah terlepaskan
Kupersembahkan semua padamu

[Reff] (x2)

Kau auraku…