SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Thursday, October 3, 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA. p 15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Thursday, September 19, 2013

Biodata dan Sejarah Ringkas Salahuddin Al-Ayyubi


Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya aa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole (1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Peperangan Hittin Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin kepada Islam Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Maqdis Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Maqdis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan Baitul Maqdis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah s.a.w naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasib baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Salahuddin Meninggal Dunia Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

(Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit)

Tuesday, August 27, 2013

Ilmu Yang Bermanfaat

Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn: - Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat: Subuh: Cahaya wajah akan pudar. Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang. Asar: Kesihatan mulai terganggu. Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti. Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan. Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM. ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org.. Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja. Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga. Saat kamu membacanya, ia gelisah. Saat kamu mmahaminya, ia kejang2. Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke. Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati. Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan

Ø Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg : 1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang : 1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran

Ø Ada 3 Hal yg paling berharga : 1. Kasih Sayang 2. Cinta 3. Kebaikan

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti : 1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. Mimpi

Ø Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg : 1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras

Ø Ada 3 Hal yg membuat kita sukses : 1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus

Ø Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu : 1. Rezeki 2. Umur 3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI : 1. Tua 2. Sakit 3. Kematian.

Ya اﻟﻠّﻪ , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh, kuat, sabar, pengasih & penyayang -maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya. ALLAH

Saturday, February 16, 2013

Mengapa masih ada dosa? (Bahagian I)

itulah tajuk yang saya ingin diskusi secara muhasabah diri malam ini…

Allah sudah terangkan dan beri peringatan kepada umatnya,begitu juga nabi junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W tentang dosa,sebelum itu,saya ingin menasihatkan tentang ini sebelumnya kepada pembaca dan semua orang muslim yang masih dirahmati Allah di atas muka bumi ini,terutamanya saya agar berfikir secara dalam.Setiap perbuatan baik,mahupun yang buruk,mesti akan dibalas dengan setimpal dengan apa yang kita lakukan,Baik dengan pahala,buruk dengan dosa..Allah telah banyak berfirman didalam kitab sucinya,

(Ya, barangsiapa mengerjakan kejahatan dan telah meliputi kesalahan itu, maka mereka itu penuhi neraka, sedang mereka kekal di dalamnya-al baqarah,81).

Banyak lagi ayat-ayat suci berkaitan dosa,tapi ayat ini menjelaskan bahawa (diringkaskan),Orang yang membuat dosa,akan masuk neraka (jika tidak bertaubat).apakah kurang jelas ayat itu?? Astafirullaalazim..saya menaip ayat ini dengan rasa bersalah kerana saya juga adalah manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari dosa.Dunia semakin kontang,semakin tua,kehidupan kita saya umpamakan seperti seorang pelajar sekolah yang hendak menduduki peperiksaan,waktu sebelum ujian itu adalah waktu kita sekarang,waktu dimana Allah seru kita untuk mendapatkan sebanyak amalan dan iman untuk bekalan kita di akhirat kelak,sama juga situasinya seperti seorang pelajar yang sedang duduk ujian,adakah dia dapat menjawabnya?? Itu bergantung sama ada dia mengulangkaji pelajaran itu atau tidak,keputusannya akan diprolehi kelak,lulus ke syurga,gagal ke neraka.saya boleh cabar pembaca,cuba pembaca pergi ke tengah Bandar Kuala Lumpur yang sibuk,dan berdiri sambil lihat sekeliling,berapa banyak dosa yang pembaca lihat?pernahkan kalian tahu adakah mereka tau akan amaran Allah?

(Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan solat dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.al-fathir,18)..

Saturday, February 2, 2013

Siapa itu Hamas??

Tragedi peperangan antara Gaza dan Israel sememangnya diketahui oleh masyarakat seantero dunia. Tetapi adakah kita megetahui apakah punca semua ini berlaku. Ada pendapat mengatakan bahawa Israel menyerang bumi Gaza adalah dengan tujuan untuk menguasai wilayah tersebut. Hal ini disebabkan kerana bumi Palestin kaya dengan hasil bahan mentah minyak dunia. Tetapi ada juga pendapat mengatakan ianya bermula apabila Pilihan Raya Parlimen Palestin (PLC) yang dijalankan pada tahun 2006.

Sebenarnya, jika hendak diikutkan tarikh keberlangsungannya PLC harus diadakan pada tahun 2006. Atas desakan, masalah dan konflik yang berterusan, ianya telah tertanggunh sejak 1996.

Pilihan raya yang telah diadakan pada tahun 2006 disahkan adil dan teratur oleh Jimmyn Carter yang merupakan seorang pemerhati mantan presiden Amerika Syarikat (US). Hal ini membuktikan bahwa semua keputusan pilihan raya adalah atas kehendak rakyat Palestin dan bukannya kerana ugutan, membeli undi atau taktik-taktik tidak jujur.

Dalam pilihan raya tersebut, lebih daripada 70% rakyat Palestin keluar mengundi dan jumlah ini merupakan jumlah yang tertinggi. Dalam pilihan raya tersebut Kerajaan Hamas telah menangi dengan mendapat jumlah undian majoriti. Dengan ini, Hamas telah mendapat mandat oleh rakyat Palestin untuk membentuk kerjaan. Keputusan PLC adalah seperti berikut:

Komponen Pilihan raya Bil Kerusi yang Dimenangi Hamas 74 Fatah 45 Lain-lain 13

(Sumber: Palestinian Legislative Council)

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Amerika terkejut bagaimana sebuah organisasi ‘pengganas’ mendapat mandat selesa dari rakyat Pelestin. Kekalahan ini berpunca dari tindakan Amerika yang gagal memahami aspirasi rakyat Palestin yang telah dijajah dan dinafikan hak dan tanah air mereka.

Kemenangan ini disebabkan majoriti rakyat Palestin menyokong polisi Hamas yang tidak mahu mengiktiraf Israel dan menolak ‘perjanijian damai’ yang berat sebelah. Selepas kekalahan sekutu Amerika (Fatah), Amerika memaksa atau menuntut Hamas supaya melucutkan genjatan senjata, mengiktiraf semua peranjian terdahulu di antara Palestine Authority sebelum ini dengan Israel.

Jika Hamas mengiktiraf Israel, maka mereka terpaksa mengakui penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin, menghalalkan semua jenayah keji atau kemanusiaan yang telah dilakukan ke atas rakyat Palestin, mengkhianati lebih 5 juta pelarian Palestin yang tidak dibenarkan pulang dan merestui hasrat Israel untuk mengambil alih Baitul Maqdis dan masjid Aqsa.

Setelah kita melihat bagaimana tuntutan dan segala perkara yang harus dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, sekarang kita akan melihat bagaimana pendirian Hamas terhadap isu ini. Hamas membuat tuntutan iaitu menawarkan genjatan senjata jangka panjang serta perbincangan semula terhadap isu:

1) Kedudukan Baitul-Maqdis (Resolusi PBB 252),

2) Nasib 5 juta pelarian Palestin (Resolusi PBB 194),

3) Penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin (resolusi PBB 446),

4) Pengunduran Israel kepada kedudukan sebelum Perang 1967 (Resolusi PBB 242). Demikianlah tuntutan yang dikemukakan Hamas kepada PBB terhadap Israel. Namun, isu ini semacam menemui jalan buntu. Amerika, Israel serta sekutunya menekan Kerajaan Paklestin baru yang dibentuk oleh HAMAS. Bukan itu sahaja, mereka merampas wang cukai hak rakyat Palestin, menghalang bantuan makanan, ubatan dan wang ringgit dari masuk ke kawasan Palestin.

Sekutu Amerika juga melancarkan kempen pulauan atas alasan HAMAS pertubuhan pangganas dan mengalakkan pertentangan antara HAMAS dan FATAH.

Namun propaganda yang ingin diwujudkan oleh Amerika dan sekutunya semacam tidak berjaya. HAMAS mengambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua fahaman tersebut. Antara inisiatif HAMAS ialah:

1) Mempelawa Fatah membentuk kerajaan campuran sebaik sahaja menang pilihan raya.

2) Mendekati masyarakat antarabangsa menjelaskan pendiriannya tentang program keamanan.

3) Menawarkan genjatan senjata jangka panjang dengan Israel.

4) Malah mengistihar genjatan senjata sehala (unilateral cease fire) selama 18 bulan – tiada lagi kejadian serangan berani mati. Perkara yang amat menyentap perasaan adalah kesemua inisiatif yang di utarakan Hamas semacam langsung tidak dihargai atau disentuh oleh media antarabangsa dalam mengupas isu Gaza. Media hanya memprovokasi hak asasi manusia yang berlaku dan banyak memutar belitkan fakta sebenar. Pencapaian yang boleh dikirakan baik terhadap inisiatif Hamas adalah telah berjaya membentuk kerajaan Perpaduan melalui Arab Saudi dan menyerahkan pentadbiran utama kepada Fatah.

Kerajaan Campuran atau Perpaduan yang diusahakan Hamas tidak mampu bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari kerajaan pakatan ini pada bulan Jun 2007. Natijah dari kejadian ini, Hamas pula dituduh “merampas kuasa” tetapi sebenarnya tiada rampasan kuasa kerana Hamas memang pemerintah yang sah dan berkuasa.

Amerika dan Israel terus menekan Palestin (Hamas), kali ini mereka meneruskan pembekalan senjata dan kewangan kepada kelompok bersenjata Fatah. Mahmoud Abbas pula tetap mengekalkan pasukan keselamatan ‘Preventive Security Force’ di Gaza. Kali ini situasi lebih teruk apabila Palestin (Hamas) mendapat ancaman dari Amerika, Israel dan Fatah.

Situasi ini berlaku di Gaza. Ancaman kelompok bersenjata Fatah di Gaza telah menggugat keselamatan negara. Mereka mengadakan sekatan-sekatan jalanraya dan mengganggu ketenteraman awam, menyerang pejabat-pejabat kerajaan dan melakukan penculikan dan pembunuhan ke atas musuh-musuh politiknya. Akibat dari propaganda ini, kerajaan Hamas mengambil keputusan untuk menangani masalah ini dengan membersihkan Gaza dari kelompok-kelompol bersenjata termasuk dari kumpulan Fatah.

Kesannya, Gaza kembali aman. Masyarakat dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. Tindakan pembersihan ini mendapat sokongan ramai termasuk penyokong Fatah. Hamas juga menyeru Mahmoud Abbas untuk terus berunding kearah perpaduan. Sebanyak 85% rakyat Palestin minta rundingan antara Hamas dan Fatah dilaksanakan. Kerajaan Hamas telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang rumit seperti penculikan ke atas wartawan BBC Alan Johnston. Muhammad Dahlan, antara dalang utama kekacauan, meletakkan jawatannya sebagai penasihat keselamatan. Seterusnya, Kerajaan menyusun semula sistem kehakiman di Gaza.

Sekutu Amerika dan Israel terus menekan Hamas dengan mengatakan Hamas melakukan rampasan kuasa di Gaza. Persoalan yang timbul dalam situasi ini adalah bagaimana sebuah kerajaan yang sedang memerintah secara sah dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat merampas kuasa. Sedangkan usaha Maomoud Abbas menggantikan kerajaan Hamas yang menang dengan Fatah itulah ‘rampasan kuasa’ yang sebenar. Tetapi sekutu Israel menyokong tindakan Mahmoud Abbas. Antara tidakan Mahmoud Abbas yang mendapat sokongan kuat Israel dan sekutunya walaupun secara realitinya beliaulah dalang rampasan kuasa ialah:

1) Memecat PM Ismail Haniyeh.

2) Membubarkan kerajaan Perpaduan.

3) Melantik ‘kebinet darurat’ walaupun menyalahi [erlembagaan.

4) Melantik Salam Fayyas yang hanya memperolehi 2.4% undi dalam PR 2006 sebagai PM.

5) Apabila tempoh tamat ‘kabinet darurat’ belalu 30 hati, menubuhkan pula kerajaan sementara (caretaker goverment) Secara umumnya, Mahmoud Abbas lah merupakan perampas kuasa. Namun hakikatnya yang berlaku beliau telah mendapat sambutan baik dari sekutu Israel. Israel dan sekutunya mengucapkan tahniah dan merestui Abbas. Bukan itu sahaja Israel telah menawarkan persahabatan kepada Fatah untuk melawan Hamas. EU menamatkan sekatan ekonomi dan menyambung semula bantuan ke Tebing Barat.

Israel menyalurkan hampir AS$200 juta (dari lebih AS$700 juta cukai Palestin yang dirampas) kepada kerajaan Palestin baru lantikan Mahmud Abbas. Israel juga berhenti daripada memburu semua pejuang Fatah yang bersetuju menamatkan penentangan terhadap Israel.

Berbalik semula kemenangan Hamas dalam pilihan raya yang lalu. Sebenarnya, kemenangan hamas yang telah mendapat undian majoriti rakyat Palestin telah mengecewakan israel. Kekalahan Fatah (Mahmood Abbas dalam pilihan raya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis As.

Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmood abbas dan Fatah boleh memenangi pilihanraya dengan undian mejoriti rakyat tetapi sangkaan Israel ditidakkan oleh seluruh rakyat Palestin. Amerika dan Israel amat mengharapkan Mahmood abbas dapat mendirikan sebuah negara sekular Palestin, bukan sekadar berjiran dengan Israel malah sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis dan Amerika.

Namun kemenangan Haman merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin. Sebenarnya, apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini (2006-2008) dibumu Palestin khususnya di Jalur Gaza adalah usaha untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Hamas dan seterusnya cuba memadamkan api perjuangan umat Islam dibumi Palestin.

Dalam konteks keadilan dunia, jalur Gaza adalah wilayah yang terjajah menurut undang-undang antarabangsa. Iaitu konvensyen Geneva ke-4 yang berkaitan dengan perlindungan orang awam yang terjajah oleh kuasa asing telah menegaskan bahawa: “Tidak sesiapapun boleh menghukum ke atas satu kesalahan yang dia secara peribadi tidak melakukannya. Hukuman secara borong dan semua tindakan yang berbentuk menindas dan keganassan dilarang. Tindakan balas dendam terhadap orang awam yang dilindungi dan harta mereka adalah ditegah” Berikut adalah rentetan propaganda yang berlaku di bumi Gaza. sebelum tahun 1967, bumi Gaza telah dikuasai oleh Mesir. Namun pada Jun 1967, bumi Gaza bergolak dan Israel talah berjaya menklui bumi Gaza. Pada Disember 1987, lahirnya Intifadah pertama dan kemunculan HAMAS. Pada September 2005, Israel menarik keluar pasukan tenteranya bersama 85000 pendatang haram Yahudi dari Gaza.

Pada tahun 2007, Hamas telah menguasai sepenuhnya bumi Gaza, namun penguasaan Hamas di Gaza di huru harakan oleh Israel sehinggan menyebabkan bumi Gaza menderita semenjak Jun 2007 dari sekatan ketat Israel dab hukuman secara borong, yang telah mengakibatkan tragedi kemanusiaan yang parah di bumi tersebut sehingga kini. Antara tragedi kemanusiaan yang berlaku di Gazaadalah seperti berikut:

1) Sekatan makanan yang menyebabkan ramai masyarakat Palestin kebuluran.

2) Penduduk Palestin mengalami masalah bekalan air bersih. 3) Kemudaratan dan kakurangan khidmat Kesihatan dan kekurangan kemudahan Perubatan mengakibatkan masyarakat Pelestin mengalami maslah bekalan perubatan yang mencukupi.

4) Sekatan perdagangan telah mengakibatkan sektor-sektor perkilangan di Palestin lumpuh. Kedudukan geografi bumi palestin adalah seperti berikut, wilayah Palestin uyang terjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa. Luas kawasan Palestin ialah 363km2. Wilayah Palestin mempunyai penduduk seramai 1.5 juta termasuk 1 juta pelarian (menurut perangkaan July 2007).

Palestin bersempadan dengan Mesir iaitu sejauh 11 km daratan, 51 km daratan dengan negara Israel dan 40 km dari pinggir pantai. Israel menduduki Gaza dengan cara mengawal pergerakan darat, laut dan udara.

Penderitaan yang amat perit ditanggung oleh Palestin penutupan sempadan. Penutupan sempadan ini dilakukan secara borong oleh Israel dengan alasan mahu mengekang keganasan dan menjaga negaranya (Israel) tetapi itu hanya omong-omong suara kosong sahaja yang diwar-warkan oleh Israel dan sekutunya. Israel melakukan sekatan jalan, kawalan sempadan, laut, bekalan air, mengebom lapangan terbang, membedil loji bekalan air, stesen janakuasa, pasar dan kilang sentiasa menjadi modus operandi regim Zionis. Sekatan terhadap Palestin semakin teruk apabila Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006.

Natijah dari kemenangan itu, Israel telah melaksanakan penutupan sempadan begitu ketat dan kepungan begitu dahsyat sehingga barang-barang keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan air bersih sangat berkurangan. Hal ini disuarakan oleh BBC’s Matthew Price, menurut beliau: “Gaza pada hari ini tidak pernah mengalami kepungan sebegini dahsyat. Penderitaan dan ketakutan jelas tergambar pada setiap wajah rakyat Paestin yang anda lihat di sini” Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berlaku pada tahun 2008 di bumi berdarah Palestin:

1) Januari – Gaza terus dikepung Israel.

2) Februari hingga Mac – Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 120 orang.

3) Jun – Genjatan Senjata 6 bulan bermula.

4) Nov – Serangan Israel memaksa HAMAS melancarkan semula serangan roket dari Gaza.

5) 19 Disember 2008 – HAMAS menamatkan genjatan senjata.

6) 27 Disember 2008 – Serangan udara Israel terhadap Gaza.

7) 29 Disember 2008 – Israel mengumpulkan kereta kebal disempadan Gaza dan mengerahkan 6500 askar simpanan. Pada 27 Disember 2008 lepas, Israel telah melancarkan “Operation Cast Lead”. Dalam operasi ini, serangan udara yang dilancarkan oleh Israel telah membunuh hampir 400 dan mencederakan lebih dari 1300 orang. Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Israel mendakwa bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri merupakan suatu pembohongan.

Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh genjatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan untuk mewajarkan tindakan Israel.

Sebenarnya, apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh genjatan senjata sedang berkuat kuasa. Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolah menunjukkan bahawa regim Zionis mempunyai niat jahat untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing.

Serangan yang ditujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.

Pendirian Umat Islam terhadap peperangan yang dilancarkan Israel dan sekutunya.

Umat Islam mempersoalkan kenyataan Mahmud Abbas yang masih menyalahkan Hamas ke atas serangan di Gaza. Abbas merupakan sekongkol kuat Israel menyalahkan Hamas disebabkan perbuatan melancar serangan roket dari Gaza.

Sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, kita perlu memahami situasi sebana dan tidak mudah terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin Amerika, Israel, Mesir dan pihak berkuasa berkuasa palestin yang turut mengelak dari membicarakan isu sebenar disebalik penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Kita juga perlu berfikiran terbuka dan membidas sikap kepura-puraan negara Islam atau arab termasuk kejujuran kerajaan Mesir yang terus tidak membenarkan penduduk Gaza untuk memasuki Mesir. Rakyat Palestin merupakan rakyat yang paling malang didunia kerana dilupakan oleh PBB, masyarakat antarabangsa, nagara-negara Arab dan umat Islam sendiri. Menurut Riwayat Bukhari: “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. musuh-musuh mereka tidak dapat memberi kudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya.”Dimanakah mereka?” jawab rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya” (Riwayat Bukhari)

Wednesday, January 30, 2013

Kekejaman Zionis Laknatullah

Oleh Johan Jaafar Sumber : Berita Harian 23 Nov 2012

Pada tahun 2006, tentera Israel menyerang Lubnan. Di tengah kemarahan dunia terhadap Israel, bekas pegawai tinggi tenteranya, Ave Azrieli menulis di dalam akhbar International Herald Tribune tentang perlunya negara itu berubah sikap. Azrieli menggesa Israel menjadi sebahagian daripada ‘negara Asia Barat’, bukan sebuah pulau di tengah wilayah yang membenci dan mengasingkannya.

Menurut beliau, demi kelangsungan, Israel ‘harus menerima hakikat bahawa manusia di sekelilingnya bukan sahaja perlu dilihat sebagai musuh tetapi juga mereka yang harus hidup bersama-sama di dalam wilayah yang paling bermasalah di dunia.” Malah beliau mencadangkan agar Israel menghantar mesej yang jelas kepada dunia Arab, ‘bahawa kami menghormati kamu.’ Pandangan sedemikian tidak pernah dan tidak mungkin dipedulikan oleh pimpinan Israel. Banyak lagi sebenarnya ilmuwan dan pemikir berbangsa Yahudi yang tidak menyenangi dasar Israel dan fahaman Zionisme. Noam Chomsky, cendekiawan berbangsa Yahudi, yang juga ahli falsafah, tokoh sejarah dan ahli linguistik tersohor banyak menyuarakan kecaman beliau terhadap dasar Israel.

Israel hantar mesej pada Obama

Gaza in Crisis: Reflections on Israel’s War Against the Palestinians yang merupakan koleksi wawancara dan esei beliau yang terbit pada tahun 2010 amat relevan ditelaah pada masa ini. Dua buah bab di dalamnya, ‘The Ghettoization of Palestine’ dan ‘The Killing Fields of Gaza 2004-2009’ sangat penting dibaca hari ini.

Serangan ke atas Lubnan pada tahun 2006 tidak menguntungkan Israel. Pada tahun itu, dalam satu tinjauan ke atas rakyat negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mendapati 59 peratus responden mengatakan dalam konteks mengacau keamanan dunia, Israel lebih berbahaya daripada Iran, Korea Selatan dan Pakistan.

Seperti biasa, Israel tidak akan menghormati sesiapa. Malah tidak memandang sebelah matapun pada bantahan dan kecaman 1.3 bilion umat Islam. Serangan ke atas Gaza yang bermula dua minggu lalu menunjukkan satu lagi contoh bagaimana Israel akan berbuat apa sahaja yang disukainya. Seperti biasa juga, alasan yang diberikan adalah demi ‘mempertahankan diri’. Tiada siapa yang menanyakan hak rakyat Palestin untuk hidup. Apakah dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh dan membunuh dan Ahmad Jabari sebahagian daripada usaha mempertahankan diri? Israel sebenarnya mahu menghantar mesej pada Presiden Barack Obama bahawa “kami tidak perlu mengikut cakap kamu.” Atau amaran pada Obama bahawa Israel tidak menghormati sesiapa dalam konteks menangani jiran-jirannya. Obama yang dilantik semula sebagai Presiden AS antara lain kerana sokongan lobi Yahudi yang kuat, tidak akan mengecam tindakan Israel. Pada waktu yang sama AS meminta Mesir menggunakan ‘pengaruhnya’ di rantau itu untuk menenangkan keadaan. Apakah pula ‘nasihat’ AS terhadap sekutunya, Israel?

Kebangkitan ‘Arab Spring’

Kali ini tindakan Israel membawa implikasi yang jauh lebih berbahaya. ‘Arab Spring’ telah memberikan nafas demokrasi baru di negara-negara Arab. Kemarahan anak-anak muda kali ini tidak mampu dibendung oleh kerajaan baru yang lebih demokratik dan terbuka. Kita semua tahu Palestin adalah punca utama kemarahan orang Islam terhadap Israel dan AS. Sikap radikal di kalangan anak-anak muda Islam dicetuskan sebahagian besarnya oleh isu Palestin.

Tidak ada seorangpun Presiden AS yang sehingga ini dapat menyelesaikan masalah Palestin. Harapan umat Islam pada Obama nampaknya terlalu tinggi. Kita semua tahu siapapun di Rumah Putih tidak akan mengubah dasar AS terhadap Israel. Nampaknya untuk empat tahun lagi, rakyat Palestin akan terus menderita. Sebahagian besar daripada mereka menjadi pelarian di negara orang – tanpa negara, tidak dikehendaki dan hanya menjadi statistik dalam bentuk jumlah pelarian. Selepas Obama? Keadaan mungkin lebih buruk. Jikalau Obama tidak dapat mengekang keganasan Israel, tiada siapa lagi yang boleh berbuat demikian.

Tidak lama dahulu seorang penulis sejarah berbangsa Yahudi menulis buku Hitler’s Willing Executioners: Ordinary Germans and the Holocaust. Menurut beliau, bukan Hitler dan anggota Parti Nazi sahaja yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kaum Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. Rakyat Jerman seluruhnya ‘turut bertanggungjawab’.

Apakah agaknya teori beliau terhadap kekejaman kerajaan Israel hari ini terhadap rakyat Palestin? Tidakkah seluruh rakyat Israel sepatutnya ‘bertanggungjawab’? Bukankah mereka juga pada masa ini ‘willing executioners’ seperti juga tuduhan yang beliau lemparkan ke atas seluruh rakyat Jerman sewaktu pemerintahan Hitler?