SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Friday, September 29, 2017

Proses Pengambilan Warga Nepal Di Pintu Masuk KLIA Bahagian 1

Hari ini aku nak ceritakan sikit pasal pengalaman aku selama 3 tahun lebih bekerja di syarikat kawalan keselamatan di Petaling Jaya

Sebelumya….aku ni langsung tak ada pengalaman dalam sektor ni..Zero Experience..Segala kerja yang aku buat pada hari pertama....semua base on dokumen,fail sedia ada dan telepon sana sini..sebabnya orang sebelum ni..cabut macam tu aje..Tak de proper handover..Jadi..sementara tunggu bos aku masuk hari ni....aku cerita sikit pengalaman aku..Ok..untuk waktu ni..aku nak cerita pasal salah satu tugasan aku kat syarikat ni..tentang ‘Urusan Kemasukan Pengawal Nepal..Hari pertama di Malaysia’

Setelah dapat pengesahan ketibaan mereka dari ejen di Malaysia..,pihak syarikat kena jemput di tempat ketibaan (biasanya KLIA) yuran RM42.00 akan dikenakan untuk kita masuk ke kawasan menunggu (tempat pekerja menunggu majikan).akan juga terjadi jumlah yang datang akan kurang dari jumlah yang diberitahu.(agen kata 10 orang datang,tapi 9 je yang datang..atas alasan cancel last minit..ade juga yang dah mati..)…dokumen yang perlu dibawak…pastikan lengkap..kalo tak..mmg tak lepas la..tapi dah 4x aku buat urusan ni….Alhamdulillah..tak de masalah..(hanya seorang wakil syarikat sahaja yang boleh masuk..melainkan ramai pekerja yang nak dijemput..boleh masuk berdua atau lebih)

Proses pengambilan masuk di pintu KLIA Selepas 1 oktober,proses ini mestilah dilakukan dalam masa 6 jam dari waktu ketibaan (sebelum ni 24jam),jika gagal,pihak imigresen akan menghantar pulang semua pengawal ke Negara asal dan syarikat akan disenaraihitam…bila sampai KLIA tu..aku kne pegi ke kaunter bahagian pekerja asing (security pass counter) kt tingkat 2,belakang food garden..untuk urusan pendaftaran masuk wakil majikan ke dalam terminal ketibaan pekerja asing..nanti pgawai tu akan bgi korg satu kad akses ke sana..jauh jgk la berjalan..tapi kalo untuk first timer..dorg akan minta polis bantuan untuk eskot korg ke sana…sampai je kat sana..(dia punya bau jangan cakap lah)…akan ada anggota RELA yang jaga tempat tu..jadi ape yang korg kena buat..ko sebut atau jerit salah satu nama pekerja korg tu….confirm yang lain semua akan bangun…sebabnya dorg ni datang secara berkumpulan..mungkin pakai baju sama atau topi yang sama…kemudian..mbil semua passport dorg..tallykan dengan surat Visa Dengan Rujukan (VDR) atau Calling Visa…tick satu2..pastikan betul..bila dah sah..suruh dorg beratur kat kaunter imigresen kat situ jgk…sorg2 akan cap jari untuk cop masuk…then majikan akan serahkan semua dokumen kt kaunter untuk Immigration Security Clearance..(time ni nervous..sbb muka pegawai tu macam nak makan orang)..settle je kat situ..ok DONE..boleh bawak dorg semua balik hostel/opis…tapi sebelum dorg dibawa balik hostel atau opis…tolong lah bagi dorg makan..sebab dorg mungkin dah lama smpai..kebanyakkan Nepal arrival ni antara malam ke pagi..so..dorg tak makan…ada juga aku tgk macam ‘berkhemah’ kat situ…

Ok lah..sampai sini dulu cerita aku...nanti ada masa..aku sambung lagi..ingat..ape yang aku cerita kat atas tu baru 30% proses nya.. ada lagi proses yang perlu di urus sampai lah dorg dapat permit yang sah untuk bekerja di Malaysia.

p/s : Segala urusan & peraturan di atas hanyalah sehingga oktober 2015 (kali terakhir aku buat urusan tu)..segala proses dan peraturan yang terkini..boleh la nya terus ke Jabatan Imigresen..Bahagian pekerja asing.

Assalamualaikum...