SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Saturday, November 19, 2011

TARIKH KIAMAT..TIDAK PERLU

Ya, kiamat kian hampir dan polemik hari kiamat bukan perkara baru. Ia sudah bermula sejak Nabi Muhammad SAW (selawat dan
salam buat beliau) masih hidup lagi. Jibril (salam ke
atasnya) pernah menguji Nabi tentang hari kiamat dan beberapa sahabat pernah bertanya kepada
Nabi ‘bilakah hari kiamat?’
Beriman dengan hari kiamat termasuk salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap orang
Islam. Ia bukan semata-mata ajaran Nabi
Muhammad SAW, bahkan ajaran semua nabi-nabi
sebelum baginda termasuk ajaran umat Yahudi
dan Kristian. Justeru tidak hairan apabila ada filem
Barat yang menggambarkan hari kiamat persis disebutkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi.
Sahabat Nabi bernama Abu Hurairah (semoga
Allah redha kepada beliau) menceritakan pada suatu hari seorang lelaki Arab Badui datang
bertanya kepada Nabi, “Bilakah hari kiamat?” Ketika
itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan
soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata, “Manakah orang yang bertanya tentang
hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata, “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab, “(Kiamat akan
datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang
itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan,
“Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?”. Nabi
menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada
yang bukan ahlinya, maka tunggulah
kiamat.” (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)

Bukan sahaja Nabi Muhammad, bahkan para
malaikat termasuk Israfil tidak mengetahui bilakah detik dan ketika itu.

Walhal, Israfil ditugaskan untuk
meniup trompet sangkakala ketika terjadinya
kiamat.
Sehingga Nabi menyatakan malaikat Israfil
tidak mengedipkan matanya sejak ditugaskan
memegang trompet sangkakala menanti perintah
Allah,
“Sesungguhnya pandangan pemilik trompet
sangkakala (malaikat Israfil) sejak dipasrahkan
kepadanya telah bersedia melihat ke Arasy, khuatir
ia diperintahkan sebelum sempat mengedipkan
matanya seakan-akan kedua matanya adalah dua bintang yang menyala-nyala.” (Hadis sahih
daripada Al-Hakim)

Dalam satu hadis yang lain pula Nabi menjelaskan,
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan
trompet ke dalam mulutnya, menumpukan
perhatian dan memusatkan pendengarannya
sambil menunggu perintah untuk
meniupnya…” (Hadis sahih daripada Imam Tirmizi)

Hikmah rahsia hari kiamat
Hikmah Allah merahsiakan hari kiamat kepada
seluruh maklum, sama seperti hikmah Allah
merahsiakan waktu kematian bagi setiap manusia.
Bahkan kematian juga disebut sebagai ‘kiamat kecil’
bagi manusia.

Pengarang Tafsir Ruhul Ma’ani, Imam Mahmud
Syukri Al-Alusi (w. 1270 H) menyatakan satu dari hikmah dirahsiakan hari kiamat ialah, “menjadi
pendorong kepada manusia untuk sentiasa
beribadah dan menghalang daripada melakukan
maksiat.”
Oleh yang demikian itu, setiap kali umat manusia
melihat tanda-tanda kiamat sudah wujud, mereka
pun berasa takut terhadap kiamat dan huru-haranya. Keimanan mereka pun bertambah dan
akan segera mempertingkatkan amal soleh.”

Nabi pernah berpesan,

“Bersegera melakukan amal
soleh sebelum tiba enam perkara, iaitu terbitnya
matahari dari barat, keluarnya asap, munculnya
binatang melata (ad-dabbah), kematian atau hari kiamat.” (Hadis Muslim)....

/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang
yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati
mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya
(ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka,
dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment