SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR

Tuesday, December 7, 2010

Tazkirah

Surah Al-Mulk
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 'bagi segala sesuatu ada perhiasan dan perhiasan al-Quran ialah surah al-Mulk,barang siapa membacanya pada setiap malam,Allah akan menghiasi rumah baginya di dalam syurga.

Surah al Waqiah
Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:''barang siapa membaca surah al-Waqiah pada malam hari nescaya dia terhindar dari kebuluran.'' ibnu Mas'ud menyuruh anak-anaknya membaca surah ini pada setiap malam.Barang siapa membaca surah al-Waqiah sebanyak 41 kali nescaya segala doa dan permohonannya akan diperkenankan oleh Allah.


Surah Yasin
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: ''tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran ialah surah Yasin.''hadis lain pula mengatakan barang siapa membaca surah Yasin nescaya terampun segala dosanya kecuali syirik.
Baginda juga menyuruh para sahabat membaca surah Yasin kepada orang yang sedang bertarung mengahadapi sakaratulmaut bagi meringankan azab yang dihadapinya.Barang siapa yang membaca surah Yasin tiap kali selepas solat Jumaat,nescaya diselamatkan dari seksaan kubur.

No comments:

Post a Comment